Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.

Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan pada kemudian hari.

Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali.

Monday 20 June 2011

Bidang perempuan,tapi dikuasi lelaki

Penguasaan wanita di bidang-bidang tertentu di Malaysia menunjukkan peningkatan yang boleh dikatakan memang memberangsangkan. Boleh dikatakan kebanyakan bidang pekerjaan sekarang dikuasai perempuan. Ditambah lagi dengan penguasaan perempuan di IPT dan pusat-pusat pendidikan yang lain walaupun hakikatnya bilangan perempuan kurang berbanding lelaki.

Kita tahu apa bidang yang sepatutnya dikuasai oleh orang perempuan. Walau bagaimanapun, sebenarnya boleh dikatakan bidang perempuan ini dikuasai oleh lelaki. Mungkin bawahan ada perempuan, tetapi di bahagian top, lelaki menguasai bidang yang sepatutnya dikuasai oleh perempuan ini.

Berikut bidang-bidang yang pada pandangan saya di bahagian top, dikuasai oleh lelaki. Kalau korang ada pendapat lain boleh dikemukakakn di bahagian komen.:)

1. Fesyen

Perempuan memang golongan yang berfesyen. Walaupun tidak semua mengikuti perkembangan semasa, kaum wanita adalah golongan yang lebih mementingkan penampilan berbanding lelaki. Secara amnya perempuan lebih suka berfesyen berbanding lelaki.


Walaupun begitu, di bahagian atasan seperti pereka fesyen, penasihat fesyen, atau orang yang terlibat, kebanyakannya adalah lelaki. Contoh antara nama yang selalu aku dengar adalah Rizalman, Michael Ong dan Jimmy Choo. Tidak kenal pula aku pereka fesyen perempuan.:)


2. Masakan

Memasak, semestinya sangat sinonim dengan perempuan. Sehingga orang tua-tua bagitahu kalau hendak kahwin kena pandai memasak dahulu. Kena bagi makan anak dan laki. Itu yang kita sedia maklum memang perempuan pandai memasak.


Tetapi di bahagian atasan seperti chef² terkenal di hotel-hotel terkenal, golongan lelaki jelas menguasai bidang ini. Sebut sahaja nama Chef Wan, siapa yang tidak kenal. Selain itu Chef Ismail. Dan kalau anda katakan mungkin itu sedikit sahaja, cuba tengok di kedai-kedai makan, restoran, dan mana-mana kedai makan, tukang masak adalah lelaki. Memasak sinonim dengan perempuan,tetapi ianya jelas dikuasai oleh lelaki ( selain memasak di rumah.:)


3. Andaman/Solekan

Bersolek dan berdandan memang tidak perlu diterangkan lagi. Boleh dikatakan tidak sah kalau perempuan tidak bersolek.:). Tetapi adakah bersolek itu boleh menjadikan mereka 'pakar' solek.? Tidak..:)


Katalah jurusolek artis, orang atasan ataupun pengantin. Aku seperti agak pasti yang power bab menyolek ini adalah lelaki. Tidak kira la samada lelaki tulen ataupun lelaki yang sudah tidak tulen atau bahasa kasar sikit maknyah..:). So aku terpikir juga, kalau perempuan suka bersolek, kenapa yang power² bab solekan dan andaman ini dikuasai oleh 'lelaki'..:)

---------------------

Penguasaan lelaki dalam bidang perempuan ini sejujurnya bagi aku bukanlah aku berkenan sangat. Kerana aku lebih suka kalau lelaki buat kerja yang 'ganas' sikit. Sesuai dengan lelaki dan kejantanannya.

Tetapi kalau memang diorang memang power bab itu hendak buat macam mana kan. Rezeki masing-masing. Yang penting halal.:)

Tuesday 17 May 2011

Puisi:Berhenti mencintaimu

Seharusnya aku pergi saat kau tolak aku..
Seharusnya ku tidak di sini lagi
menanti ucap cinta... itu takkan mungkin..
Aku bertahan di sini biar kau terbiasa dekat denganku..
Biar kau rasa cintaku.. Biar kau tahu erti hadirku..
Aku takut patah hati, aku takut jauh darimu..
Melupakanmu, membunuh cintaku!
Tahukah kamu perkataanmu melukai dinding hatiku?
Berteman itu indah.. Dan hatiku takkan setuju!
Yang aku ingin bukan hanya menatapmu,
mendengar ceritamu...
Aku ingin menangis bersamamu.. ketawa denganmu..
Berbagi hati selamanya..
Beri aku kejelasan.. apa ertinya selama ini?
Kau beri ku puji, buat ku tinggi..
Kau beri harapan sepertinya indah..
Namun kenyataannya tak semanis inginku..
Salahku terlanjur ingini semua yang ada di dirimu..
Salahku terlalu berkhayal indah tentangmu..
Sebelum cinta ini hina.. semampunya ku harus rela..
Berhenti merinduimu.. Dan membunuh rasa ini..
Mohon ajarkan aku cara melupakanmu..
Agar aku tetap kuat tanpa bayangmu..
Mohon jangan datang lagi di kehidupanku..
Bukan ku membenci.. Tapi aku telah di sakiti olehmu..
Belajar berhenti mencintaimu..

Monday 9 May 2011

Kisah Berkat Disebalik Membaca Bismilllah

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang
yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu
berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan
setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan
Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa
memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik
Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T.
supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata
: "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu
itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan
wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini."
Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di
samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya.
Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan
mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan
berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu
untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh
suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu
dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah
S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan
menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala
perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula
mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia
hendak memulakan sesuatu kerja.

HADIS:4 kunci kebahagian

Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!" Riwayat Ibnu Hibban

Huraian :
i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:

a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.

b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.

c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.

d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.

ii) Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.

iii) Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.

nak melawak sat...

ANAK YG BAIK
Dua orng wanita yg sudah lama tak berjumpa akhirnya bertemu di sebuah pasar,,,,Mereka masing2 bercerita tentang keluarga……

Jenab:”aku ada seorang ank lelaki yg kelakuannya sangat  sempurna “

Milah:”apakah dia merokok??”

Jenab:”oh tidak….tidak sama sekali”

Milah:”dia pemabuk ke??

Jenab:”oh,tidak dia ank yg baik”

Milah:”dia kuat bersosial…….atau kaki rempit??”

Jenab:”tidak pernah sama sekali!!!..nama nya pun ank lelaki terbaik dlm keluarga”

Milah:”wah!!!nampaknya dia betul-betul ank lelaki yg sempurna,brp usia      nya??”

Jenab:”minggu depan akan genab usianya enam bulan”

Milah:"??????????"




ADA LAGI........



Perompak dlm bas


Suatu hari,sebuah bas kilang yg memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yg terletak jauh dari kawasan kg.dlm perjalanan….meraka terpaksa melalui kebun getah yg sangat luas..
Nak dijadikan cerita…ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut..nak mintak tumpang..jadi bas tu pun berhentilah..tetiba lebih kurang 6 orang lelaki keluar dari semak nak merompak bas tersebut…

Seorang perompak berkata..
“keluarkan dan bagi semua barang kemas yg korang ada…!!!Cepat…!!!!

Sorang perkerja kilang tu membalas..
“…tapi kami tak bawak barang kemas kalau gi kerja..duit pun sikit je…!!”

Perompak berfikir seketika…
“Ha..gini ,sebab korang takder barang kemas & duit…kami rogol korang SEMUA..ahahaaa…”

Perkerja kilang yg muda berkata..
“alaaahh…takan la mak cik yg kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker..?

Tetiba makcik tu berdiri menjerit…
“Weh..ko nie..tak paham ker…kalau dia cakap SEMUA…SEMUA lah…!!!”



SEMOGA TERHIBUR......KLW TAK TERHIBUR pun.. BUAT-BUATlah terhibur


Saturday 7 May 2011

ASAL USUL HARI IBU


Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?
MARILAH SAMA2 KITA RENUNGKAN.

Sunday 1 May 2011

nada dari hati



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang




Tuhan
ku bisikkan kerinduan
keinsafan
pengharapan
Tuhan
kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Ada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiahMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Ku rindukan pimpinanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Tuhan
ku bisikkan kerinduan
keinsafan
pengharapan
Tuhan
ku sembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ya Tuhan
..Terimalah..

..nada dari hati..
..kuatkan ku atas ujian ini Ya Allah..